Saturday

mungkin~!

budak noty


Sahabat yang paling setia kepada sesaorang ialah sepluh batang jarinya

Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya dirinya ditipu

Hormatilah pandangan orang lain jika kamu mahu pandangan anda dihormati dan diingati oleh orang lain.

Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan

Pilihlah persahabatan itu berlandaskan kejujuran dan setiakawan bukan kerana kekayaan atau kemegahan kerana itu tidak kekal lama, seperti usia manusia akhirnya tua dan mati.

Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik

Orang yang berilmu sering diam dari berkata-kata yang tidak berfaedah sedangkan orang tidak berilmu sering berbicara tanpa fakta dan hanya menampakkan kebodohannya sendiri

Manusia yang sering meletakkan kesalahan dibahu orang lain tanpa menyiasat atau meneliti. Manusia itu sebenarnya menjadi musuh dengan apa yang dia tidak ketahui.

 Menangguhkan kerja adalah pencuri masa dan pencuri kehidupan.

Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik

Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman ketenangan

Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir

Kegagalan hari Ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi

Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...